KATA ALU-ALUAN GURU BESAR SKTPW

Friday, July 31, 2009



Assalamualaikum Wrbkth.


Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari blog sekolah ini.Semoga blog ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini. Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini. Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman. Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini. Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.Wassalam.

LENCANA SEKOLAH

Wednesday, July 29, 2009


Lencana Sekolah Kebangsaan Taman Puteri Wangsa dibahagikan kepada 4 pecahan mempunyai maknanya yang tersendiri. Makna bagi empat pecahan itu ialah seperti berikut;

Bentuk

Buku : Melambangkan akdemik sekolah

Obor : Melambangkan semangat kegigihan

Jalur Merah/Putih : Bendera Malaysia

Buku dan Pokok : Digabungkan dan dibentuk menjadi satu ilustrasi
melambangkan minda dan ilmu pengetahuan yang tidak
terbatas.


WARNA

Hijau : Melambangkan kesuburan dan pembangunan dalam aspek jasmani,
rohani, dan intelek murid-murid.

Kuning :Melambangkan kecemerlangan dan kegemilangan dari segi
akademik sukan dan sahsiah murid.

Merah :Melambangkan ketegasan, keberanian, bagi mengahadapi segala
cabaran

Putih :melambangkan kesucian dan keikhlasan.

Biru :Melambangkan semangat kejiranan dan kesungguhan dalam bidang
akademik dan ko-kurikulum.

Merah dan Putih :Jalur gemilang penyerapan semangat patriotik dikalangan
murid supaya menjadi warganegara yang baik.



VISI SEKOLAH KEBANGSAAN
TAMAN PUTERI WANGSA



Sekolah Kebangsaan Taman Puteri Wangsa menjadi Sekolah Gemilang Di Daerah Pasir Gudang menjelang 2012.

MISI SEKOLAH KEBANGSAAN

TAMAN PUTERI WANGSA

  • berusaha meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

  • menerapkan nilai moral dan disiplin yang tinggi di kalangan warga sekolah.

  • meningkatkan tahap pengurusan yang berkualiti.

  • menyediakan infrastruktur yang selamat, bersih, ceria, dan mesra murid .

  • mempereratkan permuafakatan dengan komuniti.

  • melestarikan budaya "sekolahku kebanggaanku".

LAGU SEKOLAH







TEKUN USAHA JAYA


Tekun Usaha Jaya, itu cogan katanya SK Puteri Wangsa, pelajarnya puteri putera Gurunya berwibawa, membimbing, membudaya Supaya menjadi insan yang berdedikasi
Dibidang kejohanan tetap kami jayakan Teknologi maklumat kan kami semaikan
Pada ibu dan bapa kami tetap berjanji Tekun, usaha, jaya, diberkati Maha Esa