SEJARAH SK TAMAN PUTERI WANGSA

Wednesday, July 29, 2009
Sekolah Kebangsaan Taman Puteri Wangsa telah didirikan di atas tanah seluas hampir 4.81 ekar berhadapan Jalan Badik 30, Taman Puteri Wangsa. Sekolah ini telah dibuka untuk penerimaan murid pada 8 November 200 dengan bilangan murid seramai 450 orang. Bangunan sekolah ini mempunyai blok 3 tingkat berbentuk segi empat, sebuah kantin yang dapat menampung seramai 300 orang murid setiap kali sesi rehat, sebiah padang permainan, dua buah gelanggang badminton dan 41 petak meletak kenderaan serta sebuah pondok kawalan keselamatan.

Bangunan ini mengandungi sebuah pejabat, bilik mesyuarat, bilik komputer, bilik kaunseling, bilik rawatan, bilik perpustakaan, bilik media dan tayang, bilik solat dan bilik wuduk( lelaki dan perempuan), bilik pemulihan, bilik kokurikulum, bilik pengawas, bilik sukan, bilik operasi SPBT, kedai buku, dewan terbuka, bilik kemahiran hidup,bilik muzik, 2 buah makmal sains, 2 buah bilik guru dan 30 buah bilik darjah. Kini sekolah ini mempunyai 1400 orang murid dan 72 orang guru termasuk guru besar.

2 comments:

jpasktpw said...

VERY NICE BLOG

jpasktpw said...

EXCELLENT WORK

Post a Comment